Thursday, January 20, 2011

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:

Bahan A:

-6 tin susu beras siam
-3 tin susu beras pulut
-direndam selama 7 jam


-2 biji buah kelapa
-Ambil santan pekat
-Dicampurkan dengan bahan B dibawah dan dipanaskan sekejap diatas api sederhana
-Ambilkan juga santan cair

Bahan B:

-Sedikit halba
-Setengah inci halia
-4 ulas bawang merah
-Sedikit garam
-Dimayang halus

Cara-caranya:

-Kukuskan beras tadi diatas loyang
-Angkat dan gaulkan dengan santan cair kukus
-Angkat dan gaulkan lagi dengan santan pekat
-Kukus hingga masak

Gulai Ikan Tongkol

1 ekor ikan tongkol sederhana besar
-direbus dengan sedikit air yang dimasukkan garam, lengkuas dan asam keping

Rempahnya:

-2 inci kulit kayu manis
-Sedikit buah pelaga
-Sedikit bunga lawang
-2 sudu besar ketumbar
-Dikisar hallus atau tumbuk

-15 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 inci lengkuas
-10 tangkai lada kering
-Dikisar

-4 keping asam keping
-Sedikit kerisik
-Sedikit garam
-Sedikit gula
-Setengah kilo santan
-10 tangkai cili api
-Sedikit buah belimbing

Cara-caranya:

-Tumis bahan-bahan diatas hingga naik baunya dan masukkan santan,sedikit air, asam keping,garam dan gula
-Selepas itu masukkan ikan yang direbus tadi dan birakan mendidih,bila agak pekat kuahnya dan nampak macam pecah minyak,masukkan cili api dan buah belimbing.
-Biarkan ia mendidih selama 10 minit,barulah angkat

Puding Laici

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 paket agar-agar (220 g)
2 cawan gula
6 gelas air

Bahan B:

1 tin susu cair
1 tin laici (cincang/potong kecil-kecil)
6 biji telur (buang pusatnya supaya tidak hanyir)
2 sudu teh tepung kastard
Esen vanilla (jika suka)

Cara-caranya:

-Masak bahan-bahan A
-Sementara memasak bahan A, pukul telur dengan garfu dan masukkan bahan lain.Biarkan sekejap
-Setelah agar-aar yang dimasak tadi (bahan A) hancur, ditapis dan masukkan ke dalam bekas
-Tuangkan bahan B ke dalam bahan A
-Biarkan sejuk
-Lebjh sedap jika dimasukkan ke dalam peti sejuk

Wednesday, January 19, 2011

Sambal Belacan

Bahan-bahan:

5 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
1 biji buah tomato
3 cm belacan
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
garam

Cara-caranya:

-Masukkan semua bahan kecuali jus asamm limau dalam blender dan mesin kasar
-Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau
-Rasakan masam dan masinnya

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong 8 dan bersihkan)
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (mesin halus)
6 inci halia
3 Batang serai
garam

Cara-caranya:

-Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
-Gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga garing

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara-caranya:

-Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
-Masukkan beras dan air dalam loyang
-Kukus sehingga naik wap dan nasi masak (lebih kurang 30 minit)